1. Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi jangan sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.
2. Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.
3. Isteri jangan membiarkan rambut menggerbang macam penunggu pohon beringin,
dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu, dan pipi pula berminyak semacam.
4. Suami suka melihat penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan terlalu manja, nanti suami pulak naik lemas.
5. Sambutlah kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.
6. Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Bukan bau minyak angin.
info nie sekadar nak sharing ngan uols...untuk panduan kepada aku ngan uols semua la...sharing is caring...tambah-tambah lak usia perkahwinan kami nie dah dekat-dekat nak masuk 1 dekad...so, banyak la nak kena repair...sebb mungkin selama nie dok terpikir it's okay..he's mine...but...sooner kalau diteruskan dengan habit tue nanti akan jadi macam nie...Ya Allah...dia beralih arah kat orang lain..huhuhu...
so, better preventing from now on....lastly..enjoy reading yah!!!...Daaaaaaaaaaa..
No comments:
Post a Comment