Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Tuesday, February 08, 2011

Tahap Cemburu Orang Lelaki

my the only one diamond umbrella....

to guys out there..artikel nie hanya sekadar bacaan ilmiah ja...kalau betul tue kebetulan dan kalau tak betul pun kebetulan..ahkak saja ja tempek kat sini..tapi, apa2 pun kalau nak compare ngan 'big bro' memang ada la sket-sket..itu yang buat hati ahkak berbunga-bunga...*lalallalalllalaaala...sambil bersiul-siul..* lastly, enjoy reading yeee!!! kalau sapa-sapa nak kopipes pun, silakanlah..ahkak tak kesahhhh....sebab ahkak pun kopipes gakkkk kelik sini

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat.(jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki Scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

 
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

Friday, November 26, 2010

CERGASKAN MINDA ANDA..

Sempena menyeru saranan kerajaan untuk jadikan subjek sejarah sebagai subjek teras untuk SPM akan datang. Jadi anda disarankan untuk menjawab beberapa soalaan-soalan di bawah ini untuk menguji kecerdasan minda anda.
PERHATIAN PENTING:
DILARANG SENYUM, TERSENGIH ATAU KETAWA SEMASA MENJAWAB ATAU ANDA AKAN DIGAGALAKAN DALAM UJIAN SPM INI.


1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari MAS
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New      Hebrides , siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak ?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Tak Ada Janggut

6. Pahlawan Melayu di Pahang..
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi itik
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Hang Pa La
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Gelama mak ilai-ilai
b. Ikan Siakap Sinohong
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya ?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

KEPUTUSAN






*MAAF...... ANDA GAGAL DISEBABKAN ANDA TERSENYUM, TERSENGIH DAN KETAWA....

Wednesday, October 20, 2010

Kisah Seram pasal Hantu....


Masa kecil-kecil dulu,akak suka pergi solat kat masjid.Pada suatu subuh yang hening,belum azan lagi,akak dah kayuh basikal ke masjid dengan memakai telekung sembahyang dan berseluar panjang.Nak ke masjid,harus akak lalui pokok yang besar seterusnya tanah perkuburan.Bila melalui dua tempat ini akak akan mengayuh selaju-lajunya sebab selalu orang cerita ada hantu pocong.

Sebaik saja akak melintasai pokok dan perkuburan itu,akak terserempak dengan dua tiga orang mak cik yang nak ke masjid.Mereka menjerit ketakutan sambil bertempiaran lari ke arah jalan besar.POCONG!POCONG!sambil semua jari menunjukkan ke belakang akak.Akak pun apa lagi mengayuh dengan lebih laju dan menjerit sekuat-kuat hati sebab ada pocong dok kejar akak dari belakang.Mak cik-mak cik tu semua akak potong dengan kacang je...

Sampai kat jalan besar yang ada lampu,mak cik -mak cik tu semua menyumpah-yumpah akak...!


AKAK DISANGKANYA POCONG BARU KELUAR DARI POKOK DI PERKUBURAN

 ****nota kepala lutut : ekceli aku kopipes citer nie dari satu forum...enjoy reading!!!!!!

Wednesday, October 21, 2009

Mastura 'n Fazwan-Cinta 3 Darjat

Seluruh tubuhku berasa amat sakit. Hendak berjalan pun ku rasakan tidak berdaya lagi. Kepalaku seakan-akan hendak pecah dan cuping telingaku berdarah. Akhirnya aku terperosok di stor di belakang rumah, terbaring di atas lantai simen yang kotor dan berdebu. Ku cuba pejamkan mata yang sudah hilang sinarnya ini, tetapi suara mak encikku yang menengking di luar sana memaki hamun diriku masih kedengaran.
Beginilah nasibku sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa aku mendapat mak encik yang tak macam orang lain. Lengan dan betisnya sama besar. Maknanya sama ada aku kena penampar atau penendang, kesannya sama sahaja. Wajahnya pula tak ayu langsung. Muka bulat dengan permukaan berlubang-lubang, hidung pesek kembang pulak tu! Bibirnya saja ku kira lima inci tebal dan lebarnya pula usahlah cerita, lebih-lebih lagi bila dia memekik. Lainlah aku. Kadangkala aku terfikir jugak, entah-entah mak encik aku cemburu dengan kecomelan dan kemontokkan tubuh aku ini berbanding dengan tubuhnya yang bak tut tut...malas aku nak menyebutnya...
Jelingannya pula cukup membuat aku kebas kaki dan tangan. Tatkala dia mula menerjah aku memang rasa nak mati jam itu juga dan apabila dia mula menghampiriku sambil menyingsing kain, aku yang terlantar seperti ini. Pedih dan sakit. Tetapi mujurlah kepedihan dan kesakitan itu terubat apabila aku memandang Syah Fazwan. Renungan matanya bagai ubat yang menyembuhkan lukaku. Senyumannya memang amat kudambakan.
Kadangkala aku terfikir mengapa Syah Fazwan terlalu jauh beza dengan emaknya, mak encikku itu? Bukan setakat perbezaan perangai tapi juga paras rupa. Gamaknya Syah Fazwan ikut baka ayahnya yang sudah meninggal dunia itu. Syah Fazwan adalah satu-satunya anak teruna mak encikku dan satu-satunya insan yang begitu mengambil berat tentang diriku serta satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hatiku!
Tetapi aku sedar bahawa aku cuma menumpang di rumah ini. Darjat Syah Fazwan terlalu tinggi dan tak setaraf denganku. Namun aku terharu dengan layanan Syah Fazwan. Dia tidak mengira pangkat dan darjat. Dia membuatkan diriku begitu berharga.
Mengenangkan kebaikan Syah Fazwan kepadaku membuatkan aku melupakan saja kekejaman emaknya. Biarlah tubuhku dibalun mak encikku, aku rela asalkan Syah Fazwan masih menyayangi aku. Demi Syah Fazwan, aku sanggup bertahan di sini walaupun nyawaku terancam setiap hari.
Mas! Mas! Mastura!!!" Tiba-tiba aku terdengar namaku diseru. Syah Fazwan? Syah Fazwan dah balik? Aku cuba bangun tetapi tubuhku amat lemah. Hari ini aku paling teruk ditibai mak encik. Pintu stor tiba-tiba terkuak. Aku tahu Syah Fazwn yang datang dan dia juga tahu aku disini sebab stor inilah tempat aku bersembunyi apabila mak encik naik angin.
"Ya Allah...Mas.kenapa berdarah-darah ini?" Syah Fazwan terkejut sungguh melihat keadaanku. Aku cuma mendiamkan diri. Buat-buat memandang ke arah lain agar Syah Fazwan tahu yang aku merajuk.
"Mak saya buat awak lagi ye? Sabarlah Mas...nanti saya tarukkan ubat ye!" Tak lama kemudian Syah Fazwan keluar. Di luar aku dengar Syah Fazwan bersoal jawab dengan emaknya.
"Emak tak patut buat Mas macam tu..dia pun ada perasaan, mak!" Lembut sekali suara Syah Fazwan.
"Eleh, apa yang dia tahu?!" Kasar sekali suara mak encik. "Kesianlah kat Mas, mak..saya sayang dia!" Ucapan Syah Fazwan yang last itu sungguh membuat aku bahagia.
Seminggu kemudian hidupku bagaikan di syurga. Mak encikku tak ada di rumah kerana ikut rombongan persatuan wanita ke Langkawi. Hanya tinggal aku dan Syah Fazwan. Dia melayan aku bagaikan puteri. Namun, dia tak pernah mengambil kesempatan ke atasku. Ada suatu ketika Syah Fazwan merenung ke dalam mataku. Indahnya saat itu!
Mak encikku balik semula ke rumah. Aku mula tak senang duduk. Tetapi apa yang ku jangka tidak terjadi. Mak encikku benar-benar berubah. Dia tidak lagi memaki hamun diriku apatah lagi mendera aku seperti biasa. Air gamat cap apa yang dia minum kat Langkawi itu hari?
Entahlah. Aku benar-benar tak faham tapi aku bahagia jika betul mak encikku berubah laku. Agaknya dia sudah boleh menerimaku dan aku juga cuba mengambil hatinya. Aku senyum sendiri.

Pagi itu mak encikku kelihatan gembira betul. Wajahnya berkilat-kilat. Syah Fazwan pun nampak riang semacam. Tak henti-henti dia mengusikku. Mak encik nampak tak kisah.
Tengah hari itu ada tamu mengunjungi rumah mak encikku. Seorang gadis yang...eleh, taklah cun sangat. Tapi Syah Fazwan layan dia dengan mesra sekali. Gadis itu pun nampak macam miang je. Aku terbakar oleh api cemburu. Mak encikku sekejap tersengih sekejap ketawa. Seronok le tu!
Aku memberanikan diri muncul di ruang tamu. Cuba melenggang-lenggukkan langkahku di depan mereka. Syah Fazwan perasan akan kehadiranku. "Ha..Mas..mari sini, saya nak kenalkan awak dengan seseorang."
Gadis itu nampak tercenggang melihatku tapi akhirnya tersenyum sambil menjeling manja pada Syah Fazwan
"Inilah Sharifah, bakal tunang saya!" Kata Syah Fazwan sekaligus merentap jantungku.
"Ooooo..inilah Mastura yang you cerita tu ye? Dan mereka pun ketawa beramai-ramai. Berdekah-dekah.
Gelaklah. Gelaklah. Aku sedar siapalah aku, cuma seekor kucing betina jalanan yang sekadar singgah di sini dan diberi nama olehmu, Syah Fazwan! Mastura konon!!!!!

Tuesday, October 20, 2009

RAHSIA perempuan yang lelaki PERLU tahu..

Another forwarded email from my buddy...enjoy reading..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak
patah hati
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, October 13, 2009

Cantiknya Wanita...

A forwarded e-mail from a friend...aku kopipes untuk tatapan semua wanita yang singgah blog nie...kopipes dan emelkan kepada kawan-kawan wanita yang lain untuk kita jadikan dorongan dan panduan...Aminnnnn

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."

Sebarkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana, Setiap Wanita itu Cantik...


Tuesday, September 15, 2009

Touching Story

Forwarded email from my classmate. thanx kak nita for sharing this touching story...memang terharu la...sedih sangat...so, enjoy reading...

MAAFKAN CIKGU
Petikan drpd
http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/06/18/maafkan-cikgu/

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya
yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu.

Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu"

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

ADIOS

Tuesday, August 04, 2009

Surat Untuk Isteri-isteri

Macam biasa la aku kopipes surat kat bawah nie dari blog alimaz (jom kita ramai2 pi singgah umah dia)..anyway, surat nie a lil bit kelakar tapi, aku terpikir tak mustahil benda nie boleh jadi...but mintak dijauhkan la daripada jadi kat aku...tapi, agak2 kalau suami jenis macam nie aper la yang patut kita buat ek...



Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..




Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ..... Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki

Petua Mengetahui Rahsia Cinta Suami Isteri

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

• Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

• Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

• Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

• Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

• Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.

• Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.

• Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

• Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

• Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

• Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.

• Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

• Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

aku kopipes lagi dari blog orang...just wanna to share this gud info..Suddenly, aku terfikir...most of the above kena sangat ngan aku..means???aku ngan abang still deeply in love...ISAFAE will remains forever and ever...sure some of uols keep on guessing what is ISAFAE???Actually, ISAFAE tue adalah trademark aku ngan abang...to differentiate which is me or abang..aku akan gunakan IdaNizam Isafae....dan trademark abang lak..Nizam Isafae...so, kebanyakan member2 dah tau kalau kami guna ID Isafae ja...depa dah tau sapa..tak habaq nama pun depa dah tau....that's about the story of ISAFAE...well as usual...sharing is caring...ADIOS..

Monday, August 03, 2009

Perihal Suami, Isteri Dan Tahap Sayang

KES 1
Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan..

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?
Suami : "Setiap tahun saya berikan�tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?
Suami : "Bukan harijadi awak dah lepas ke?"


KES 2
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak..
Suami : "takpe, biar abang masak..

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak..
Suami : "masak jer la apa2 jer..

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak..
Suami : "Bakar je lar dapur tu...

KES 3
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung..
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita..

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak..
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..

Penghujung perkahwinan
Isteri : " Cuba awak tegur anak tu sikit..
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak... gerenti bengong nyer...

KES 4
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye..
Suami : "OK.. no problem..

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye..
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat..

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye..
Suami : "Apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer... saya sibuk nak baca suratkabar ni, nak amik tau perkembangan dunia..."
Just kopipes untuk bacaan umum...sharing is caring...takde idea nak tulis panjang lebor..terima kasih kepada yang singgah blog nie dan yang skodeng dalam diam..hehehehe....tinggalkan jejak ek..nanti aku singgah umah uols...

Friday, April 24, 2009

Surat Chenta Yang Shahdu


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eureka nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hydrogen menerajang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti gelora dan syahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mi rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut, dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.


Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang,. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit Bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tidak lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helicopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu berubah apabila Malaysia melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau mula melarikan diri setiap kali terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar kelihatan lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk sambil mengenangkan dirimu yang entah ke mana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil memakan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar sebuah mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak 386 ekor anak beruk . Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis oleh keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! Terlalu berat dugaan yang aku tempuhi ini!!!!
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald’s, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi bubur ayang Mc' D dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan segala hadiah pemberianmu telah aku cincang untuk dijadikan makanan lembu.
Walaupun segalanya telah berakhir, di sini, di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada selipar Jepun di Malaysia, selagi kumpulan Metallica tak berpecah, aku tetap menunggumu sehingga matahari terbelah lapan. Namun ku sedari bahawa penantianku adalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menunggu tiang letrik di depan rumahku berbuah. Kalau tiang letrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Dear Bloggers..Any comments????Shahdu ke nie..aku tak tau ler saper la yang forward emel nie...dah berkali2 aku baca, tak berapa nak paham gak...somehow quite funny tau......tapi takpe...juzzz layannnnnnnnnnnn

Sindir-sindir Sayang


masa bercinta....

engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya


masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe.
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.


baru kahwin....

kau sangat suka

aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya dua minggu
terperap dalam bilik aje sampai
makan pun selalu terlupa

kau sangat suka

aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari

aku tak pernah lupa

kau sangat suka

aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe

kau goreng utk aku saja

bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka


sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka


mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya suka ke tak suka?...



Sekali lagi..aye kopipes je.... rasa pedas tak makan cili??? heehehheeh


CINTA : (sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH : (sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG : (sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh bertekak perkara biasa.


HATI : (sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

Wednesday, April 22, 2009

LAWAK CACING

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak.
Perhatikan betul2.

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN…MINUMLAH ARAK

Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee

AYAT LEPAS KAWEN

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K….

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak..
i takde duit

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..


Saturday, March 14, 2009

Lelaki Ensem Vs Lelaki Tak Ensem

Dear Frenz..Ni gambaq terbaru aku....saja ja perasan amik gambaq sorang2 on the way balik dari Besout (umah in law). busan tahap gaban time tue...drive sorang....sebab hantaq anak2 balik kampung sebab esoknya aku ada kelas...abang outstation seminggu kat penang.....so, time aku drive tue memang bosan tahap melampau....so, hampa leh agak dak berapa diameter muka aku la nie....hehehehehe...



Somebody forwarded this email to me....maybe uols dah pernah dapat dah emel camni...aku biasa la..takdak keja nak wat..mata tak ngantuk....so, uols...layannnnnnnnn

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknyameliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...