Showing posts with label petua/panduan. Show all posts
Showing posts with label petua/panduan. Show all posts

Friday, September 30, 2011

kisah pengajaran kepada para isteri + untuk diri aku jugak... *sharing is caring*

another copy paste article...i've taken this article from *click here*....wah wah wah..pagi2 jumaat nie aku cakap omputih lak...saja je uols..jangan lak ada yang nak muntah pelangi lak..so, pagi nie aku bukak fesbuk and aku dapat satu citer nie..aku tempek kat blog aku nie bukan sebab lain tau..uols jangan nak pikiaq yang bukan2, tapi as a peringatan kepada kita sebagai isteri...tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai isteri...so, lepas nie renung-renungkanlah...sedih tau citer nie...

Isteri Menyesal Seumur Hidup... - Kisah Pengajaran

"SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.

Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.

"Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang," kata saya.

Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.

Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.

Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, 'Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya'.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya."

Nukilan..

Seorang Insan Yang Menyesal..

credit to :  http://www.rahsiaperkahwinan.com/

Friday, February 11, 2011

Petua Menghilangkan Dagu Berlapis

see my dagu..berlapis kan...background tue sebenarnya nak kaber ja...kalau tak boh background tue memang obvious sangat dagu ahkak yang berlapis nie..so, lepas nie nak try wat senaman kurangkan dagu berlapis nieh....SHARING IS CARING....

Dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan. Banyak faktor lain yang membantu, menyumbang atau menyebabkan ianya terjadi termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul.

1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.

2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.

3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.

4. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yangg terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv , atau ketika di pejabat.

PANDUAN UNTUK WANITA

1. Pastikan anda menyertakan bahagian dagu dan leher setiap kali membersih, menyegar dan melembap.

2. Solekan juga perlu terselaras ke leher dan bahagian bawah dagu. Pastikan bedak alas disapukan rata hingga ke bahagian ini.

3. Jangan sapukan bedak alas di bahagian leher dengan menggunakan teknik dari atas ke bawah. Gunakan pergerakan dari bawah ke atas

4. Dagu adalah antara bahagian muka yang paling berminyak dan banyak terdapat pundi minyak di situ. Masalah minyak terkumpul di bahagian dagu adalah perkara biasa. Pastikan ia dibersihkan dan dijaga dengan betul.


SENAMAN DAGU

1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.


2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.

 
3. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.

1. Buat senaman muka -

a e i o u setiap pagi/ptg/mlm 40 kali semasa mengadap cermin untuk mencantikkan bentuk muka

ATAU

2. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan - setiap pagi/ptg/malam 40 kali semasa mengadap cermin, untuk mengurangkan dagu berlapis

 
ATAU

3. Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu, setiap kali bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – untuk mengurangkan dagu berlapis.

ATAU

4. Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi

Tuesday, November 30, 2010

Kelebihan memiliki anak perempuan

sumber artikel daripada : http://groups.yahoo.com/group/ibu/message/19112
Salam,

Masih ingat lagi tentang masyarakat Jahiliyah yang kita belajar satu ketika dahulu? Dalam masyarakat Jahiliyah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut. Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial dan memalukan keluarga. Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup demi menjaga maruah keluarga.
Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu. Pernah saya mendengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin. Setelah dimaklumkan nurse bertugas yang si bapa dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suaranya sedikit mengeluh, "Oh.. perempuan lagi..." Saya yang mendengar, sedikit terkilan, seolah-olah si bapa kecewa dengan anugerah Allah SWT.
Saya juga pernah menonton video kelahiran seorang bayi perempuan yang rupa parasnya menyerupai ular. Kononnya ibu yang melahirkan bayi tersebut amat-amat berkehendakkan bayi lelaki kerana telah memiliki 2-3 orang anak perempuan sebelum kelahiran anak yang ini. Semasa membuat pemeriksaan kandungan, doktor telah memaklumkan yang si ibu mengandungkan bayi perempuan dan berita itu sangat mengecewakannya. Bila rakan-rakan bertanya jantina bayi yang dikandung, si ibu terus menjawab yang dia sedang mengandungkan anak ular. Subhanallah! Bila tiba saat kelahiran, memang si ibu telah melahirkan seorang bayi perempuan yang menyerupai ular. Saya kurrang pasti kesahihan berita ini, tetapi menurut video yang ditonton, peristiwa ini terjadi di negara Timur Tengah.
Pada zaman ini, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka. Apakah benar kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? Atau cabaran kepada ibu dan bapanya?
Satu ketika dahulu, kita sukar melihat anak-anak gadis berjalan-jalan di pekan kecil atau pun di kota besar. Saya masih ingat, ayah sering menemani ke mana saja saya pergi, boleh dikatakan ayahlah 'body guard' dan ayah jugalah 'chauffeur' ke mana saja saya pergi. Memang agak sukar kita terserempak remaja perempuan berpimpinan tangan di bandar-bandar, di pusat membeli belah atau di mana sahaja. Kini, yang bertudung tanpa segan silu mempersendakan tuntutan agama sekali gus mempersendakan perintah Allah Taala. Yang tidaak bertudung pula, sama sahaja… tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Berani lakukan apa sahaja demi mengikut jiwa remajanya.


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"
Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."
Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"
Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.


Nah! Masih tidak berbangga memiliki anak-anak perempuan?


Renung-renungkan!

nota aku : Ya Allah! sesungguhnya aku bersyukur di atas pemberian 3 orang bidadari yang comel kami..terima kasih Ya Allah.....akan kami didik mereka dengan sempurnya....berilah kekuatan dan permudahkanlah perjalanan hidup kami Ya Allah...sesungguhnya Engkaulah yang maha mengerti lagi maha mengetahui....

Monday, October 25, 2010

Kenapa Wanita Hidup Lebih Lama...

another copy pasted article...this time i took this article from this blog... thanx so much dear....she's my ex-classmate kat uitm dulu...actually, tajuk citer nie Mengapa Wanita Perlu Dihargai..tapi, aku dengan sesuka hati tukar tajuk nie sebab atas sebab berdasarkan citer nie lah kita para wanita kena hidup lebih lama..sebab kita nie kan banyak tanggungjawab...tanggung jawab kat suami, ibu bapa, anak2, people surroundings, kepada diri sendiri dan macam2 lagilah... tapi, ajal maut di tangan tuhan kan...nobody knows...when the time come...kita sebagai hamba kena pasrah...

okay, hope everybody enjoy ur reading...silakanlah kopipes kepada sesiapa yang nak tempek kat fb ka, blog ka atau, mana2 saja...sharing is caring...!!!!

" Ibu dan Ayah sedang menonton TV, seraya ibu berkata. ‘..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….’
Ibu pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…

check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…

tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, ayah tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check…baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak..telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…

ternampak pulak beg g keje…emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara ayah…’..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..’….’..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…’

masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang…pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu…

bukak almari…emmm…pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju ayah, baju ayah pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar ayah yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..

dgr suara ayah lagi…’..i dah ngantuk ni..’..dalam pada nak masuk ke bilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi….ok dah …

ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting..

ahh…boring…panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…ayah pun bangun tutup tv…’…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…’…selang seminit …dengar suara ayah berkeruh…dah agak dah….

So?….apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…

Hantarkan kepada WANITA yang anda rasa hebat…pasti anda disayangi kerana memahami mereka,

foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi…

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah…setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

Psst…tapi aku rasakan masih ada lagi satu tertinggal..kekadang tu kerja seorang Ibu/istri lum habis lagi…dok sedap nak tido..pejamkan mata..tiba2 ada jer tangan2 yang “naughty”…hah kerja lagi! Wakakakaka……..bila nak tamat dah!!!. Don't naughty2 aaa..;-)

'JADI HARGAILAH MEREKA'..

Wednesday, October 20, 2010

Petua Mendapat Zuriat


Info nie haku dapat daripada fesbuk haku...so, aku tepek kat blog untuk panduan aku dan uols... *untuk sapa-sapa yang nak laaaaa.. takmo takpa..dok diam-diam*

Disini ada sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga….Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan, semuanya boleh dirancang..

Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama

1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
4. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari  pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali2. Banyakkan makan buah-buahan3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.


Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormonsuami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging2. Banyakkan makan yg berasid3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Selamat mendapatkan baby pilihan anda! Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan…

***nota kepala lutut : info nie aku simpan dulu..when the time comes..i'll try it..hopefully, dapat lah pulak putera..aminnnnnn...

Friday, October 15, 2010

Mengatasi masalah kuat marah pada anak

Just Want to share this info with uols..aku kopipes info nie dari fesbuk haku...amat berguna expecially untuk aku yang ala-ala hot temper nieh...jom layannnnnnnnnn.....


Mengatasi masalah kuat marah pada anak Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia.

Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’.

Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi.

Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali.

Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.

Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

** nota kepala lutut : banyak kekurangan dalam diri aku nieh...nak kena cuba repair dan tambah apa yang patut...huhuhuhu


Friday, April 17, 2009

Petua Tercekik Tulang...Baca Sampai habis baru buat assumption....heheheehehe

Somebody forwarded thie emel to me..baca dan hayatilah sampai habis.....ada kisah dan teladan yang patut kita contohi...

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"tak baik lutut tinggi pada makanan.."

" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..

Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: harap2 uols enjoy ngan citer nie..masa aku baca emel nie sambil minum air kat depan pc....nasib baik tak bersembur air kopi kat skrin pc aku tue....sapa la yang empunya citer nie...mesti dia nie sowang yang gila2 tahap gaban nie....

Wednesday, March 04, 2009

TANDA-TANDA AWAL KANSER

Uolssss....Sharing is Caring....Info nie aku dapat from somebody yang forward emel kat aku...

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaanyg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemahatau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan

2) Alkohol

3) Sinaran cahaya matahari

4) Pengambilan ubat

5) Perokok yang tidak aktif

6) Tembakau

7) Radiasi

8) Pekerjaan

9) Pencemaran air dan udara

10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng

2) Hindari makanan ringan yang masam

3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas

4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin

5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi) Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

6. Bawang Goreng segera . Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...