IdaNizam Isafae Stands Together Forever and Ever

Wednesday, October 21, 2009

Petanda dia adalah jodoh kamu...

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki

usia hubungan yang panjang adalah dengan

adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu

dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau

besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu

dapat melalui segala aspek kehidupan secara

bersama-sama. Dan semuanya terasa amat

menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan

orang lain. Apakah kamu sudah merasakan

perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada

harapan bahawa dia adalah calon pendamping

hidup kamu!

Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau

tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan

adalah kemampuannya bersikap bersahaja di

depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah

gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya

rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya

mengesankan apa adanya? Apakah setiap

ucapannya selalu tampak spontan dan tidak

dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar

dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua

dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia

dapat saling membaca fikiran dan menduga

reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada

situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah

destini kebahagian kamu...

Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu

menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan

tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu

dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa

bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua

kelak akan saling terikat.

Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun.

Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam

hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah

pasangan yang berjodoh pasti tak takut

mengalami pasang-surut, suka-duka saat

bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah

dia orang pertama yang datang memberi bantuan

tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu

faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu

keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi.

Dialah orangnya...

Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga

kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat

bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-

malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau

begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima

kamu apa adanya..

Petanda 7

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan

kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia.

Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di

depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun

tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama

dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya

kepada kamu tentang kelemahan dan

kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya

disuratkan untuk bersama!

Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di

tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat

kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak

dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya,

maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan

sejati telah kamu temukan!

Mastura 'n Fazwan-Cinta 3 Darjat

Seluruh tubuhku berasa amat sakit. Hendak berjalan pun ku rasakan tidak berdaya lagi. Kepalaku seakan-akan hendak pecah dan cuping telingaku berdarah. Akhirnya aku terperosok di stor di belakang rumah, terbaring di atas lantai simen yang kotor dan berdebu. Ku cuba pejamkan mata yang sudah hilang sinarnya ini, tetapi suara mak encikku yang menengking di luar sana memaki hamun diriku masih kedengaran.

Beginilah nasibku sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa aku mendapat mak encik yang tak macam orang lain. Lengan dan betisnya sama besar. Maknanya sama ada aku kena penampar atau penendang, kesannya sama sahaja. Wajahnya pula tak ayu langsung. Muka bulat dengan permukaan berlubang-lubang, hidung pesek kembang pulak tu! Bibirnya saja ku kira lima inci tebal dan lebarnya pula usahlah cerita, lebih-lebih lagi bila dia memekik. Lainlah aku. Kadangkala aku terfikir jugak, entah-entah mak encik aku cemburu dengan kecomelan dan kemontokkan tubuh aku ini berbanding dengan tubuhnya yang bak tut tut...malas aku nak menyebutnya...

Jelingannya pula cukup membuat aku kebas kaki dan tangan. Tatkala dia mula menerjah aku memang rasa nak mati jam itu juga dan apabila dia mula menghampiriku sambil menyingsing kain, aku yang terlantar seperti ini. Pedih dan sakit. Tetapi mujurlah kepedihan dan kesakitan itu terubat apabila aku memandang Syah Fazwan. Renungan matanya bagai ubat yang menyembuhkan lukaku. Senyumannya memang amat kudambakan.

Kadangkala aku terfikir mengapa Syah Fazwan terlalu jauh beza dengan emaknya, mak encikku itu? Bukan setakat perbezaan perangai tapi juga paras rupa. Gamaknya Syah Fazwan ikut baka ayahnya yang sudah meninggal dunia itu. Syah Fazwan adalah satu-satunya anak teruna mak encikku dan satu-satunya insan yang begitu mengambil berat tentang diriku serta satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hatiku!

Tetapi aku sedar bahawa aku cuma menumpang di rumah ini. Darjat Syah Fazwan terlalu tinggi dan tak setaraf denganku. Namun aku terharu dengan layanan Syah Fazwan. Dia tidak mengira pangkat dan darjat. Dia membuatkan diriku begitu berharga.

Mengenangkan kebaikan Syah Fazwan kepadaku membuatkan aku melupakan saja kekejaman emaknya. Biarlah tubuhku dibalun mak encikku, aku rela asalkan Syah Fazwan masih menyayangi aku. Demi Syah Fazwan, aku sanggup bertahan di sini walaupun nyawaku terancam setiap hari.

Mas! Mas! Mastura!!!" Tiba-tiba aku terdengar namaku diseru. Syah Fazwan? Syah Fazwan dah balik? Aku cuba bangun tetapi tubuhku amat lemah. Hari ini aku paling teruk ditibai mak encik. Pintu stor tiba-tiba terkuak. Aku tahu Syah Fazwn yang datang dan dia juga tahu aku disini sebab stor inilah tempat aku bersembunyi apabila mak encik naik angin.

"Ya Allah...Mas.kenapa berdarah-darah ini?" Syah Fazwan terkejut sungguh melihat keadaanku. Aku cuma mendiamkan diri. Buat-buat memandang ke arah lain agar Syah Fazwan tahu yang aku merajuk.

"Mak saya buat awak lagi ye? Sabarlah Mas...nanti saya tarukkan ubat ye!" Tak lama kemudian Syah Fazwan keluar. Di luar aku dengar Syah Fazwan bersoal jawab dengan emaknya.

"Emak tak patut buat Mas macam tu..dia pun ada perasaan, mak!" Lembut sekali suara Syah Fazwan.

"Eleh, apa yang dia tahu?!" Kasar sekali suara mak encik. "Kesianlah kat Mas, mak..saya sayang dia!" Ucapan Syah Fazwan yang last itu sungguh membuat aku bahagia.

Seminggu kemudian hidupku bagaikan di syurga. Mak encikku tak ada di rumah kerana ikut rombongan persatuan wanita ke Langkawi. Hanya tinggal aku dan Syah Fazwan. Dia melayan aku bagaikan puteri. Namun, dia tak pernah mengambil kesempatan ke atasku. Ada suatu ketika Syah Fazwan merenung ke dalam mataku. Indahnya saat itu!

Mak encikku balik semula ke rumah. Aku mula tak senang duduk. Tetapi apa yang ku jangka tidak terjadi. Mak encikku benar-benar berubah. Dia tidak lagi memaki hamun diriku apatah lagi mendera aku seperti biasa. Air gamat cap apa yang dia minum kat Langkawi itu hari?

Entahlah. Aku benar-benar tak faham tapi aku bahagia jika betul mak encikku berubah laku. Agaknya dia sudah boleh menerimaku dan aku juga cuba mengambil hatinya. Aku senyum sendiri.


Pagi itu mak encikku kelihatan gembira betul. Wajahnya berkilat-kilat. Syah Fazwan pun nampak riang semacam. Tak henti-henti dia mengusikku. Mak encik nampak tak kisah.

Tengah hari itu ada tamu mengunjungi rumah mak encikku. Seorang gadis yang...eleh, taklah cun sangat. Tapi Syah Fazwan layan dia dengan mesra sekali. Gadis itu pun nampak macam miang je. Aku terbakar oleh api cemburu. Mak encikku sekejap tersengih sekejap ketawa. Seronok le tu!

Aku memberanikan diri muncul di ruang tamu. Cuba melenggang-lenggukkan langkahku di depan mereka. Syah Fazwan perasan akan kehadiranku. "Ha..Mas..mari sini, saya nak kenalkan awak dengan seseorang."

Gadis itu nampak tercenggang melihatku tapi akhirnya tersenyum sambil menjeling manja pada Syah Fazwan

"Inilah Sharifah, bakal tunang saya!" Kata Syah Fazwan sekaligus merentap jantungku.

"Ooooo..inilah Mastura yang you cerita tu ye? Dan mereka pun ketawa beramai-ramai. Berdekah-dekah.

Gelaklah. Gelaklah. Aku sedar siapalah aku, cuma seekor kucing betina jalanan yang sekadar singgah di sini dan diberi nama olehmu, Syah Fazwan! Mastura konon!!!!!

Tuesday, October 20, 2009

RAHSIA perempuan yang lelaki PERLU tahu..

Another forwarded email from my buddy...enjoy reading..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati
bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Monday, October 12, 2009

Cantiknya Wanita...

A forwarded e-mail from a friend...aku kopipes untuk tatapan semua wanita yang singgah blog nie...kopipes dan emelkan kepada kawan-kawan wanita yang lain untuk kita jadikan dorongan dan panduan...Aminnnnn

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."

Sebarkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana, Setiap Wanita itu Cantik...


Sunday, October 11, 2009

Jalan-jalan Hari Raya & Kenangan Dulu-dulu

Salam...since bulan posa aku menyepi without any entry....sejak akhir2 nie( dari dulu pun....) aku sibuk sesangat...macam dulu2 gak la ada ja gambar nak upload tapi, malaz tahap cipan...tambah2 ngan kesihatan tenet kat opis sejak dua menjak nie agak 'tenat'...aku pun tak tau pasaipa...tapi, alhamdulillah...hari nie beransur pulih and aku harap tenet akan smooth sampai bila2....

time raya baru2 nie aku tak sempat nak snap gambar hari raya....tensen tul....sebab asyik beraya ke sana sini...tahun nie aku beraya ngan family in law...pastu balik kampung in law...asyik bersembang dan sampai lupa nak amik gambar....ada la dua tiga keping gambar time cousins prepare 'meriam buluh'..nanti aku upload gambar tue sebab ada dalam camera besaq gedabak dalam keta abang...

most of us raya kali nie bercuti hampir seminggu kan...sama gak ngan aku...hari raya ketiga aku balik beraya umah mak aku...aku banyak dok umah sebab relatives banyak yang dok mai ziarah umah mak aku....abang lak ada keja ngan member2 dia..aku malas nak ikut sebab prefer dok umah boleh spend masa ngan famili aku lama sket....dari hari raya ketiga aku balik umah mak aku sampai la hari ahad( raya ke-8)..so, sehari sebelum nak balik abang soh aku packing barang sebab esoknya tue nak balik awal..abang cakap nak gi jalan2 sebelum balik ke Kuala Kubu...

So, abang decide nak pi jalan2 ke Lumut...Since aku graduate Oktober 2001 kat UiTM Sri Manjung, aku dah tak pergi ke lumut....lama betul...almost 8 years...my dear ayong sekrang pun dah masuk 6++ years old...aku pun yippiee yippiee hoorayy ler....sebabnya?? aku boleh ler recall balik kenangan cinta aku ngan abang dulu....first time i met abang kat Sri Manjung ler even abang bukan student situ..tapi, our blind date memang kat blok hostel aku..sebab kami berkenalan dalam tepon through my friend...aku pun tak sangka dia nak mai cari aku kat situ....ngam2 aku habis minggu orientasi dia mai cari aku....what a sweet memories...itulah kan orang cakap kalau dah jodoh..tak kemana...

Signboard nak ke Sri Manjung....Time nie aku kat Trong keluar exit Changkat Jering...
Kalau tak silap aku kedai Celcom tue la aku duduk masa pre-dip dulu...(to my buddies time UiTM dulu please correct me if i'm wrong...betui dak yang tue umah O2A kita dulu????) Actually, sepanjang jalan tue dulu ada public phone..sekarang bila UiTM Perak dah ada kampus sendiri kat Sri Iskandar diorang dah serah balik blok2 umah kedai tue kat owner dia...so, kat situ la aku jumpa abang..kiranya cinta public phone la..hahhahha...aku tak kenal abang mula2 tue...tapi, abang mai tegur aku dulu....mau pengsan aku time tue sebab muka selebet baru lepas orientasi dah la dengan berminyak..gelap pulak tue....time tue abang cakap aku macam anak *****sebab gelap sangat...sampai hati tau..aku amik gambar dalam keta..waktu tu hujan renyai-renyai..so, just ignore tangan laki aku....saja ja tengok aku sibuk dok snappy gambar sengaja dok tayang tangan dia tue...

Blok Bangunan yang dulunya jadi Kampus UiTM Seri Manjung...Sekarang memang tinggal kenangan la....dah takde rupa time aku belajar dulu...

Pastu kami on the way ke Lumut...Jalan ke Lumut takde berubah sangat...sama gak mcam time aku belajar dulu...

kat bank nie aku selalu withdraw duit....takde berubah just nama ja..dulu BCB sekarang dah CIMB...

Gambar dekat...memang sama cam dulu...takde berubah sangat...

KFC Lumut...Kat sini la ex-C11 UitM manjung cadang nak wat reunion...tapi, sampai sekarang tak jadi2..banyak sangat aral melintang...harap2 somebody boleh organize kita punya reunion lagi...rindu la nak jumpa hampa...asyik nampak dalam facebook ja...tak real...hopefully one day reunion kita menjadi amiiinnn....Kat sini gak la aku dating ngan abang dulu time abang mai 'ziarah' aku...tapi, aku ngan abang jarang dating sini sebab kami ada 'port' lain...hehehehe.....sweet je memories tue....

Lumut telah berubah wajah 100% menjadi pusat tarikan pelancong..memang cantik uols...so, kalau ada masa mai la sini...tersusun je struktur bangunan dia..tambahan pulak bersih pulak tue...seyes memang totally different..

Laluan ke Jetty Wing..sapa2 yang nak pi Pulau Pangkor kena ikut Jetty nie la..Dulu jetty nie tak macam nie..sekarang memang lawor betui...

Pandangan hadapan Jetty Wing...

Aku tak ingat apa nama ntah bangunan nie..tapi, kat sini banyak jual sotong kering, satay ikan, souvenier dan macam-macam lagi la...

Abang parking keta kat sebelah kedai tue sebab nk cari topi kat my angels....banyak choice yang cantik2.....

Perjalanan Balik dari Lumut kami ikut jalan Teluk Intan...kan aku ada cerita yang aku ngan abang dating ada 'port' kami sendiri..kat sini la...kami memang tak suka dating kat Lumut sebab takde privacy...(acheeewaaahhh..ayat takleh blah....) kat sini takde sapa kenal...Bangunan nie diberi nama Menara Condong Teluk Intan...Tempat bersejarah nie tau...aku ngan abang biasa lepak kat sini la...

Pastu bila lapar kami ke seberang jalan berhadapan dengan menara condong tue..medan selera nie orang kat sini panggil Bumbung Biru...actually, mak sedara abang meniaga kat sini...so, time kami dating bila lapar kami pi la melantak kat sini...kat sini aku suka makan nasi ayam..nasi ayam mak sedara abang memang mabeles....tapi, sekarang mak cik dah tak meniaga kat sini...
even kami nie bolehlah dikatakan berdating...time dating aku kena bawak buku tau...abang sentiasa monitor prestasi study aku..walaupun abang tak paham apa mende yang aku belajar...ye la belajar shorthand ngan trengkas yang orang panggil tulisan cacing tue...mana la abang nak paham...sebab kang nanti kalau tak pas peksa ka atau pointer tak best nanti ayah aku tak bagi bercinta..itu syarat yang ayah aku bagi kalau nak bercinta...alhamdullillah..sekarang aku ngan abang dah kawen pun dan mempunyai 3 orang anak-anak dara yang teramat lah keletah...sebab...we follow the rules yang ayah bagi....heheeeehehehe...
dah panjang lebar aku menulih...bila mai malaz tue memang tahap cipan + cipanzi+ gaban..tapi , sekali aku menulis haaa amik ko...panjang berjela...so, aku nak wat keje sat..nanti bila2 aku sambung ngan entry lain...ADIOS

Monday, September 14, 2009

Touching Story

Forwarded email from my classmate. thanx kak nita for sharing this touching story...memang terharu la...sedih sangat...so, enjoy reading...

MAAFKAN CIKGU
Petikan drpd
http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/06/18/maafkan-cikgu/

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya
yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu.

Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu"

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

ADIOS

Cerita pasal Birthday di Bulan Posa

Salam to all...hari nie nak tulih pasal kisah birthday sorang budak a.k.a mak budak nie...hmmm..leh konsider sebagai budak ke????Every year tepat jam 12.00 tgh malam..menderu2 ler sms masuk dalam inbox dia wish hepi besday....tapi, tahun nie sunyi sepi ja...nak kata bulan posa, setiap tahun besday budak nie jatuh dalam bulan posa....awat tahun nie depa nie lain sangat....

then, dalam kul satu pagi lebih...her beloved hubby whisper ke telinga dia...

yang, hari nie hari apa?

selasa ler...awat?

happy birthday...

uhhhuuuu....terharunyer sebab tahun lepas hubby dia buat2 lupa..sampai meleleh air mata mak budak nie..ingatkan hubby dia betul2 terlupa....itupun the next day baru wish...so, dengan hati yang berbunga2 this mak budak pun hugzzzz ler hubby dia by saying thanx...

tapi, still not receiving any wishes from dia punya mak, ayah and adik2....why? and why....macam mak ngan ayah...mungkin tunggu budak nie kol baru nak wish...tapi, yang dia tak puaih hati nie ngan dia punya brader's and sista's....dalam hati dia dok kata, mentang2 la aku ada selisih faham ngan hampa..hampa buat bodo ja time besday aku....takpa..takpa...aku nak tengok takat mana keraih hati hampa....(buat2 pujuk hati)

mai time bersahur, dia pun bersahur la macam biasa..kejut hubby ngan anak cam biasa..prepare food atas meja dan berbagai lagi la...habis makan, masing2 sambung tido sementara nak tunggu azan subuh...dan nak terlelap mata, masuk la sms dalam inbox henpon budak nie....so, bila bukak je sms tue, keluar la gambar nie...


video

anyway, hari nie besday aku....saja ja buat plot cerita cam tue....

Birthday wishes from my second adik a.k.a mek ain...hantu betui..bagi gambaq monyet lak..tapi, aku bayangkan, mek ain yang merupa monyet tue yang menyanyi lagu hepi besday...hahahahhaha....ingat gak hang nak wish besday, sekeras keras hati hang...ingatkan hang lupa...kiranya dia dah kalah ngan aku la nie...sebab dia tegur aku dulu...hahhahahhahaha...

tapi, how about mat jalil my second brader...buat bodo gak...takpa...bulan depan besday hang...aku nak buat bodo gak...to mat munir and mek intan....aku tak kisah sangat sebab depa tak dak konfrontasi ngan aku..so, aku relax je walaupun dalam hati aku kisah...

MIL ngan FIL..aku tau, esok lusa aku balik mesti la diorang wish kat aku...same goes to mak ayah aku...

kakak time besday bukan nya nak hadiah daripada family members especilly adik2 kakak...kalau nak bagi jugak sekali2 kakak tak tolak...kakak menerima dengan tangan dan kaki yang terbuka...tapi, wish pun dah okay....at least hampa tau umur kakak dah bertambah setahun...so, kakak tua dari hampa..so, jangan dok suka-suka cari pasal....benda kakak tak suka jangan buat...kakak bukannya cerewet sangat...yang kakak pantang sangat kalau kita dalam adik beradik tak bersatu hati...kakak nak kita sama ja macam kecik2 dulu...contoh macam dulu mat munir kena buli ngan member dia kat sekolah..mat jalil pi cari budak yang buli mat munir tue suruh berkawan elok-elok...tu yang kakak nak..we need each others...apa ja kesalahan yang kita adik beradik buat...jangan kita balas dengan api kebencian dan kemarahan yang terlampau....tak best la...kakak sayang semua adik2 kakak...kalau salah kakak marah...kakak mintak maaf kalau my words quite harsh...i don't mean it...semua adik2 kakak sama saja..adik2 kandung ka adik2 ipar ka, semua adik2 kakak...so, dalam bulan yang mulia nie kita take yang clear...kita throw la yang dirty...hikhikhik...jom kita recall balik memories time kita kecik2 dulu...i really miss my childhood memories.......

aku cam biasa la..dah lama tulih nie, tangan dah lenguh dah...nak stop kat sini dulu...hari nie genap la umur aku 29 tahun....huhuhuhu....next year i will be 30 years old...my birthday wishes...????tengok la apa nak jadi pulak....aku tak berani nak plan itu ini..sebab apa yang kita rancang tak selalunya menjadi...dan peluang akan datang kepada kita tanpa kita sangka..so, aku harap perjalanan hidup aku dan keluarga aku dipermudahkan oleh Allah S.W.T...aminnnn....so, i'll stop here....nanti aku hapdet balik...adios....

Sunday, September 13, 2009

Catatan dari Aku yang Blurrrrr.....

Salam to all...dah lama betui tak hapdet blog nie..ader citer..dah snap gambor..tapi, malas nak upload..tambah tenet memang lambat giler..siput pun lagi laju daripada line tenet nie...aneway....tak lama lagi kita nak raya dah kan???tahun nie pun tak dapat bonus cuma dapat bantuan raya untuk kakitangan sokongan...aku menadah tangan tanda syukur...at least lepas ler duit minyak nanti...

sabtu ahad yang lepas penuh ngan aktiviti gi jalan2...actually, aku ada kelas hari tue..hari sabtu ada kelas ganti sebab kelas yang lepas lecturer tak datang..so, kelas aku start dari kul 10.00 sampai 12.00 tgh...lepas habis kelas, since aku je lagi yang takde baju raya..aku decide nak gi beli kat pkns shah alam...abang ngan kids dok dalam kete..sebab parking full..aku sorang je yang gi..last2 dalam 1/2 jam aku pun kuar dari building tue sebab umat manusia sesak sangat..aku just beli kerongsang sebab aku rasa the price quite reasonable tambah2 pulak batu dia shining sangat....akak gerai tue cakap batu korea...i'm not sure betul ke tak..tapi, batu dia memang shining la compared to yang kat kedai lain....nanti aku upload gambar2 kerongsang yang aku beli...

lepas balik dari pkns, abang singgah kat kedai tayar member dia...cadang2 nak pasang kasut baru kat keta tahun nie...angan2 cuma nak tengok2 tiba-tiba jadi kenyataan...at last abang cakap alang2 kita tukar la rim baru....so, aku follow je...nanti pun aku upload gak gambar kasut baru keta aku....

pastu pulak..hari ahad aku ada kelas lagi...dari kul 10.00 sampai kul 4.00..time nie abang bawak kids gi klang parade..gi main kat tempat mainan budak2....anak2 dara aku pau bapak dia nak dekat RM30...so, yang si bapak nie saja je nak menghabiskan masa sementara tunggu aku habis kelas, melayan kerenah budak2 nie..pastu pergi potong ngan cuci rambut....sebab nak raya dah kan...so, dalam kul 4.30 abang mai amik aku even kelas aku dah habis pukul 4.00.... kitorang gerak gi Perangsang Templer Golf Club sebab member abang a.k.a ex-boss abang belanja berbuka posa...banyak sungguh makanan...cuma aku lupa nak snap gambar...banyak amik gambar time habis makan..masing2 dah jadi ular sawa....itu pun aku akan upload gambar kemudian...

lenguh dah ler tangan menaip..nanti balik rehat karang aku amik camera kat umah..nanti aku upload gambar dalam nie...nak buat keje dah tak leh sebab dah terasa dah bahang raya nie..tak sabaq chek nak balik jumpa mak ayah chek..tapi, tahun nie chek beraya umah PIL dulu..raya ketiga baru balik umah parents...takpa..sabaq..sabaq..ADIOS...

Monday, August 24, 2009

KENA TAG LAGIK

Receive this tag from sis hasney...she just came back after cuti panjang...so, i'll try my best to finish this tag eventhough agak bz and boring tahap gaban dan cipan sekarang nie..

Tag 1 adalah berkenaan Photo Profile blogger

1. Terangkan maksud gambar itu
My Dotters pic. Aida Athirah, Aida Amira dan Aida Aqilah.

2. Kenapa pilih gambar itu ?
sebab aku dah edit pastu 'scrap'kan gambar nie..ilmu scrapping nie aku dapat daripada E-jay..so, bila free aku suke scrap gambar2 dalam lappy aku nie..so, dengan perasannnyer, aku rasa gambar nie paling cantik bila aku buat scrapping..silalah muntah pelangi ek pada sapa2 yang kutuk aku perasan tue...heehehehehe

3. Tag ini akan ku sumbangkan kepada
semua yang singgah blog aku nie...kalau free tue ngan ader masa nak buat silalah buat tag nie...

Hmm..go to the next tag pulak;

WHAT IS THE MOST IMPORTANT THING IN YOUR LIFE?
as usual yang aku selalu cakap, family is my priority...The Love of A Family is Life's Greatest Gift

WHAT IS THE LAST THING THAT YOU BOUGHT WITH YOUR OWN MONEY?
tak ingat la..sebab duitku duit suamiku..duit suamiku duitku..betul tak hengat...

WHERE DO YOU WISH TO GET MARRIED?
hahahah..dah kawen dah pun..already 7 years with 3 kids


HOW OLD DO YOU THINK YOU WILL BE PERMANENTLY OWNED BY UR LOVE?
forever and ever...

ARE YOU IN LOVE?
of course..forever in love...

WHERE WAS THE LAST RESTAURANT YOU HAD DINNER?
Masa Sahur tadi kat restaurant kat umah aku gak...anak2 balik kampung...so, no point masak..just both of us..abang ajak makan kedai...

NAME THE LATEST BOOK THAT YOU BOUGHT?
Buku Latihan Matematik untuk Ayong..

WHAT IS YOUR NAME?
Zuraida binti Mohd. Romli

DO YOU PREFER YOUR MOTHER OR FATHER?
I love both of them...

NAME A PERSON THAT YOU REALLY WISH TO MET IN REAL LIFE FOR THE FIRST TIME?
Nak jumpa Tun Dr. Mahathir Mohamad

CHRISTINA OR BRITNEY?
aku suka Britney sebab suke tengok cara dia menari...

DO YOU DO YOUR OWN LAUNDRY?
All the time aku buat..dulu ada gak abang tolong buat gak..but, since dia bz..aku ler buat sorang2...

THE MOST EXCITING PLACE YOU WANT TO GO?
I wish one day I will go to Mecca. Aminnn

CAMERA OR MP3 OR HP?
HP sebab hidup aku rasa tak aman kalau takde HP.senang nak kol abang, my kids, famili, friends and most important senang bos aku nak cari time ada hal yang urgent...

POINT OUT 5 THINGS ABOUT THE PERSON WHO TAGGED YOU
1. Kak Hasni my ex-classmate and ex-housemate
2. asal kedah
3. dah kawen anak 3
4. sekarang nie stay kat klang
5. first time posting kat Jab. Peguam Negara.

3 THINGS I SAY TOO OFTEN?
1. alaaaa...tak nak la camtu (normally ngan abang bila time manja2 and when argueing sumthing)
2. Hampa jangan bagi ibu mengamuk..kejap lagi ibu datang tengok tak siap kemas, kena ler nanti...
3. mangkuk betui la...(time hangin ala2 sepoi2 bahasa).

BOOK I'VE RECENTLY?
biasanya dok beli buku exercise kat ayong...and colouring book kat angah ngan achik...

4 SONGS I COULD LISTEN TO OVER AND OVER AGAIN?
1. Aku Cinta Aku Rindu - lagu time bercinta ngan abang dulu..
2. Truly, Madly, Deeply -Savage Garden, lagu time bercinta gak
3. ayat-ayat cinta - Rossa
4. Hey Ladies - Rossa

THINGS THAT I LEARNED LAST YEAR?
jangan suke bertangguh...tapi, still buat lagi this year..

8 PEOPLE TO TAG?
sitiey/Ben
Ejay
KakYong72
Dilahdilot
Mama_Niza
fieza radzi
and semua yang singgah blog nie

Wednesday, August 12, 2009

UPIN IPIN'S ATTACK

entry basi...tapi nak hapdet gak..bz tak habis2..ngan keje opis..assignment lagi..pastu ngan keje umah yang tak pernah habis...udah ler tue..sekrang nie Darul Quran kena kuarantin seminggu...sebab H1N1...semua students dah diarahkan balik...tapi, opis still bukak...tak tutup..so, selagi belum tutup mata keje..keje...keje..hehehehe....

Hari khamis lepas 6th of Aug..ada drawing contest kat Darul Quran sempena dengan Konvokesyen Darul Quran yang diadakan annually..so, invitation telah dihantar ke sekolah-sekolah sekitar kuala kubu bharu..dan sekolah ayong pun take part gak dalam contest tue..so, banyak gak aku amik gambar..tapi, tak berapa cantik sebab amik gambar henpon..malas nak bawak camera besar gedabak tue....so..jom layannnnnnn

contest bermula...setiap tahun masuk contest aku mesti kena beli kaler baru kat ayong..pastu ntah mana2 hilang ntah..kali nie aku beli kaler yang besaq gedabak...mintak tahan sampai tahun depan...

hasil kerja ayong yang agak menyakitkan hati aku....time dia kaler tue aku keluar jap sebab ader keje kat opis...masuk dewan aku rasa nak gugur jantung aku..hangin pun ader..pastu aku suruh dia touch up kat mana yang patut....


Ibu peace!!!!!!!sebab dia tau aku dah mula hangin kat dia...dia start mentouch up apa yang patut...


tengah2 dok mengaler tue..keluar dah dua beradik yang menjadi kegilaan budak2 sekarang nie....bersorak sakan la diorang..tak senang duduk budak2 yang dok mengaler tue....sib baik masa dah hampir tamat...kalau tak kompom ada ja gambar yang tak siap kaler...

ayong amik kesempatan amik gambar ngan diorang dua beradik tue..
angah pun join gak..time nie aku bawak angah ngan achik..mula2 angah agak takut sebab upin ipin nie tengok dalam tv kecik chenenot jer..tapi, kat luar mai ai punya la besar...time nie achik lari nyorok kat belakang aku sebab takut..tinggal ayong ngan angah yang amik gambor...

time nie angah dah mula rasa konfiden dah...hilang takut dah...dah mula tunjuk hyper dia dah...bukan main lagi senyum...

senyum tak hengat...lupa dah kat achik..yang achik pulak time nie dok tarik2 baju aku nak ajak balik..jenuh memujuk...

time nie budak2 dah start ramai dah..keadaan dah tak terkawal..masing2 nak bergambor ngan karekter favourite diorang nie..

hehehe..aku pun tumpang sekaki...ayong bukan main lagi happy...tengok muke cuak angah...tengah tahan takut la tue..time nie achik dok kat belakang aku...sib baik pose okay gak...


and the winner is....hehehee..gempak je..ayong tak menang grand prize..dia just menang hadiah saguhati....time nie achik yang melebih sebab upin ipin dah takde...so, achik tak takut dah...

so, that's all...kisah upin ipin di Darul Quran...