Friday, April 24, 2009

SAYA SAYANG IBU


"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang
baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak
kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih
merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret.
Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya
berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar
tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si
ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa
kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih
berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu
nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada
cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam
persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek
rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada
si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan
pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia
muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai
jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,
si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus
memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu
doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu
pencarian bagi mencari penderma yang sanggup
berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini.
Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang pender! ma,
tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul
sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya
tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap
dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup
seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan
tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu
siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas
jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin,"
balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil
ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi
rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak
berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah
menyelak rambut ibuny! a yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat
kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si
ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa
pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada
ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah
ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun
kenalannya."

Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal
tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang
dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan
tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium
tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan
senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka,
kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI
BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari
tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh
kasih sayang kepadanya..

"Saya Sayang Ibu"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...